\

Friday, April 22, 2011

Ho Chi Minh City Trip

Bismillah..

dah penat bekerja.. sampai masa untuk mengupdate blog. :) trip kali ni ke Veitnam- HO CHI MINTH CITY. Alhamdulillah dapat join dan i bawak my hubby sekali since dulu we all bekerja di tempat yang sama. so call reunion for him :) it was 3 days 2 nights trip. new experience for us cause normally we were on free & easy holiday.. senang free & easy sebab bebas nak kemana pun (nama pun free & easy kan?).. but this time, nope.. but, since its free, just ZIP my mouth & enjoy the trip!! :))

kalau-kalau ada yang minat, inilah itenary kami..


Day 1 - arrive Saigon ~ city tour ( city hall square, notre dame, war museum, reunification palace) ~ dinner

Day 2 - to Mekong river ~ sandwich at Mekong Delta ~ visit laquer ware factory ~ gala Diner

Day 3 - Shopping at Ben Than Market

cuma x sempat nak pergi Cu Ci Tunnel jer.. :(

jom layan pics


~Day 1~


at city hall square


at war museum

at Post Office

Notre Dame


~Day 2~

before naik sampan kat mekong, kena jalan kaki masuk kg2.. antara stall2 yang ada..




on da way to mekong delta/river

sandwish & fruits hidangan utk lunch..

at Mekong river.. kagum tgk makcik2 tua jer yang dayung sampan..


nampak x langit yang gelap itu?? cuak gele time ni, dari sungai terus ke laut yang ombaknya kuat pluss angin nak hujan.. haihh, dah la air mcm teh ais.. Alhamdulillah selamat semuanya.. :)

~Day 3~


at laquer factory. kat sini semua OKU yang buat tampalan kulit2 telur etc..





at Ben Than Market

shopping sakan.. actually, ni i pergi time mlm. kedai betulnya sebelah pasar mlm ni, if x silap, siang diorang tutup pukul 6. then sambung bukak pasar mlm kat lorong2 kecil. ape yang boley dapat kat sini?? kasut, baju2, of course souvenir, telekong, etc..


Bombay Indian Halal Food.. sedap jugak.. x susah nak cari halal food kat vietnam.. :)


Halal at Saigon.. recommended!! sedap!!

sekian utk cite Ho chi minh city or nama dulu-dulunya SAIGON.. weather, lebih kurang malaysia jer.. bab duit, better tukar dollar, x pun duit msia pun diorang terima gak.. siap pandai ckp melayu lagi.. :)


~ till then ya!!


Wednesday, April 13, 2011

Petua rumahtangga bahagia

Bismillah,

sekadar renungan utk mengingatkan diri sendiri.. :)

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

http://intim.wordpress.com/2007/08/22/petua-rumahtangga-bahagia/

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.