\

Friday, January 29, 2010

centerpiece

remember bout the fish bowl centerpiece? let see the outcome of my DIY centerpiece.hee :) walaupun hakikatnya glass ni boley di deco lagi cantik, tapi dek kerana pengantin a.k.a the wed planner, so ni je la yang terhasil.. tu pun nasib baik ada cousin yang ramai n sudi menyumbang tenaga di malam hari untuk teman si pengantin yang sibuk dgn angan2 nye. :)) yela nak employ wedding planner x mampu, & bukan kawen ala-ala puteri kayangan pun.. hee.. jadi, ini je la yang termampu utk puaskan hati.. :) jom layan pic..



ni je pic yang ada. amik pun tru hp jer.. 3 roses = i luv u, hahahhaa.(padahal x mampu nk bli bebanyak) :P


ooops, abaikan gaya duduk sepupuku itew ye...

pengantin bertudung putih tgh susun forero utk tepung tawar.. bunga pink sejambak tu plak nak dibuat rosette utk aunties n cousins (amik kat pelamin nikah) jimat :P


habuan utk sepupu2 ku.. hikhik..


to all cousins, THANK YOU SOO MUCH atas semua pertolongan anda.. jasamu akan ku kenang sampi bila-bila.. :))

Sunday, January 17, 2010

1 month 1 day..


oooh tidakk!! saya tidak berkesempatan utk mengupdate semalam dek kerana kerja yang amat bayak.. semalam genap sebulan bergelar suami isteri..hari ini sebulan sehari.. Alhamdulillah..tapi hanya sempat menjalankan tugas sebagai seorang isteri hanya lebih kurang 2minggu lebih jer.. sedih..kehidupan selepas berkahwin? tidak banyak beza sebab pjj (perkahwinan jarak jauh) :P 2minggu kami share everything.. dan lepas tu kembali bujang..saya kembali menguasai katilku sepenuhnya tanpa perlu cover sopan dihadapan sang suami.. hee :P



masa banyak dihabiskan bersama familyku & family baru.. boleh dianggap berjaya menyesuaikan diri dengan family baru dlm masa yang singkat(masuk bakul, angkat sendri).. hikhik.. petua? once tok kadi kata "sah" sila ingat bahawa sekarang semuanya berganda.. dulu ada sorang je mak, now dh dua.. macam tu jugak dengan yang lain..i'll try my best to treat my mil, fil n my new siblings as my family..



to mr suami,

happy 1month 1day anniversary!!!

lagu montage kita.. :))


"Mencintaimu
Seumur hidupku
selamanya
setia menanti
Walau dihati saja
Seluruh Hidupku
Selamanya
Kau tetap milikku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya Ter amat berarti Di hatiku
Selamanya
Mencintaimu
Seumur Hidupku
Selamanya
Kau tetap milik ku.."

by: krisdayanti..



Wednesday, January 13, 2010

Western Australia..

Syukur coz finally we have time for our hornymoon.. hehehe..we went to perth. and it was free and easy holiday (from 24th to 29th dec 2009) and it was summer time tau!! sun burn you!! :P arrived perth airport at 5am. tapi sana 5am dah cerah.. 6hours dalam flight, huh! bdn rasa kejung.. supposed checked in at 3pm but nego with the hotel dapat check in early. and yang bestnye, we had the internet services for free! hadiah krismass kot.. mujur buka mulut nk mtk free, if tak, kena 120dollar. wah!! imagine 5days kena rm 360.00 untuk internet jer.. gilaks.. hehehe.. (rezeki kawen kot)

we stayed at Metro Hotel @ Canning highway..memang sangat best bilik itew! besar dan sangat selesa.. 1st day, cuaca panas tapi berangin, angin dia pun sejuk.. so boley jln merata tempat. focus untuk round perth city. memang bergantung map yang ambil di airport sahaja ye kawan-kawan. :P dan boleh dikatakan kami berjaya mengexplore perth city dengan jayanya!! senang nak ingat cz building kat sana tersusun rapi.. so pusing2 boley jumpe balik.






yeayhh!! our room.. the executive riverview room.. suka sebab mengadap swan river..


si isteri sedang membancuh air untuk sang suami.. :)




makan? senang nak cari makanan halal. we all makan kat indonesian restauran sebab tak jumpa malaysian food.. dah abis makan baru jumpa.. dush! tu la dek kerana tak sabar2 nak makan.. haish.. makan dalam 8dolar/head.. lauk not bad, yummy!!






cancel ambil kereta sewa sebab public transport perth memang superb! kat tiang tu ada time pukul berapa bus sampai. sharp on time plak tu..





round their CBD (central Building District). seronok tengok bangunan2 lama. dan yang ambik pic we all ni mat salleh yang sgt baik hati. he's muslim dan menariknya wife dia orang gombak setia.





at the bell tower. consist of 12 bells. sangat besar..


jalan yang sangat lengang.. boxing day baru ramai orang..


london court ni we all punya tanda.. jalan ke mana pun kena jumpe balik london court ni..heee..

2nd day...



pergi fremantle guna train(family rider) from fremantle to perth city naik Captain Cook Cruises..





at fremantle..visiting maritim museum..

shopping at fremantle.. we miss the fish n chip lorr! ramai kata fish & chip kat sini best :(




hari ke-3 nak juga ke aruluen botanic.. lupa time summer.. bunga x cantik.. :<


abaikan saya yang gediks..gediks sampai kangroo pun takut nk lalu.. (xjumpe sekor pun..)



ambil train untul ke aruluen.. dinasihatkan ambil family rider. simpan ticket and u all boleh guna ticket tu untuk naik bus & train. family rider dalam 8.8dollar.. nak ulang alik berapa kali pun xpe.. best kan??

Pert Zoo.. perth zoo ni di housing area.. percayalah.. dekat je dgn hotel.. tapi xde bau ape pun.. kagum how they maintain the zoo.. xde ke kes binatang terlepas ker ape eyh?? seberang jalan dah jumpe housing area.
see, kangrooo malas.. tdo jer.. sebab panas kot..



penguin berteduh jage.. x tahan pns..

KING's PARK - superb taman.. ramai oarang dan view swn river yang sangat cantik~~



en suami sangat suka King's park nie.. if boley tiap2 hari dia nak datang.. i je yang x larat nak kena naik 242 steps.. huhhuhu..

SEKIAN...

ni shj pic yang ada.. tu pun byk grab dr fb husband..hukhuk.. ape pun, happy dapat spend masa bersama.. eventho we all x sempat nak ke rottness & pulau2 yang lain, pluss fish & chip!! n/time cuba dtg balik ye en. suami.. *wink wink.. balik msia, akan meneruskan our 2nd honeymoon plaks.. :))

Friday, January 8, 2010

L.O.N.E.L.Y

pic lama.. xsempat nk snap pic baru..


i feel lonely...2weeks into his wife, now i'm single again..but of course not available la kan. erghh... it's very painfull.. he went back to jeddah.. wuargh!! i'm gonna miss him so much for sure! pengantin lain sibuk bercintan cintun lagi, we all dah duduk asing. if lain negeri, okie lagi kot cz at least boley jadi weekend wifey.. ni lain negara.. huhuhu.. Only Allah knows my feeling.. :{


lucky my MIL, lil sis & new grand ma accompanied me.. if not, flash flood @ KLIA la kot.heheheh.. betul cakap my mum..dulu hantar as "fiancee".. xrasa sangat, now hantar as a "wife", sure rasa lain.. and that Soooooooo true!! sampai je rumah, berjujuran air mata.. :"( dugaan betul.. really hope this feeling will go away from me a.s.a.p, coz, i have my family+ frend who luv me, yeayhh!! ada hikmah nya.(it's the time for me utk blaja masak) heehe.
to my dear, dun worry, i'm gonna be ockay. kerja leklok ya! our commitment dah bertambah. dulu duduk dgn parent, now dah ada rumah sendiri, etc.. skang dah xboley nak main2 lagi.. hope to see you in 4 months ya! take care dear..

biGG HuGGG!

Tuesday, January 5, 2010

Solemnization..

Syukur, Alhamdulillah 18/12/2009 (1muharram 1431H), sah menjadi isteri kepada orang yang dicintai. Majlis berjalan lancar walaupun hujan rintik2..Hujan rahmat la tu kot.. amin... semoga kekal ke akhir hayat.. yeayh, abah yang nikah kan.. :) theme: putih pink, tapi sampin sang suami, nampak more to biru.. tapi time tu dah x kisah dah, janji nak dengar tok kadi kata "SAH".. dengar je "SAH", yip yip hooray!! hehehee.. pic yang ada pun ambil dari cousin & kawan je.. yang official x siap lagi.. kita layan.. :)

after batal air sembahyang



baru sampai dari masjid

(rmbt pendek tapi tetiba ada toncet?? mak andam kata nk bg nmpk muka lonjong skit.. huhuuhu, nmpk sgt muka chubby kan? :()

Saturday, December 19, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah, statusku sudah bertukar...Selamat menjadi Puan! Syukur.... ;)
jumpa kamu sekalian esok ya!!.. jemput datang..
** Fiza, harap u baca, sorry xdan anta kad kat u.. tapi anda sememangnye dijemput ke majlisku itew....rakan lain juga tidak terkecuali ya..

Thursday, December 10, 2009

fish bowl centerpiece??

again, thinking off to DIY my centerpiece..huhuh! saje cari penyakit. ;P ni semua gara-gara bercuti hari rabu lepas. so gatal kaki dunno where to go, maka pergilah ke SACC Mall & masuk kedai rm5. tak ingat the exact name. Lantas membeli glass kat situ. tapi tak tahu nak buat apa dgn glass tu. then my sister gave me idea to use it for my centerpiece. nk letak ape eyh?? glass ni terlalu nipis utk letak candle.. takut pecah. so boley letak bunga je la kot. if fresh flower, sure costly cz budget sudah tiada,..hehehe..xkan nak letak sekuntum je kan?? maka datanglah idea adik ku utk meletak kan ikan gapi or ikan laga dalam tu.. wahahahha! jgn terkeliru, i'm not having a beach themed wedding ockay!! but, idea bernas jugak kan letak ikan?hehheh..


but, is it okie? sesetengah orang agak sensitif dengan benda-benda begini.. yela, takut ikan tu mati time tengah bersanding, sape nak jawab?? if x silap, jangka hayat ikan gapi 4 jam je.. betul ker?? perlu di ingat, ada tetamu dari pelbagai kaum.. if ikan tu mati time mereka makan, nanti consider "suey" plak kan?? ergh... xsesuai!! elok-elok boleh dapat ampau, terus x dapat.. hehehhe..


i luv this!!!
pic taken frm en.google ;)

cantik tapi kena tengok dari atas baru nampak cantik.. ;(
pic frm en google too ;P



mine.. masih dalam proses mendeco..hukhukhuk


ergghhhhhhhh... cik hanim, 9days to go!!

Thursday, December 3, 2009

nervous..cold feet..oooHHHH.. wedding jitters!!!!

oooHHH.. mengapa saya tidak boley tidur nie?? mata mengantuk tapi tak boley nak tido..bangun & merajinkan jari jemari ku ini menekan 'keyboard' dan terus singgah di blog rakan-rakan yang lain.. dan ternampak entry yang amat membantu!! Diah menyediakan tips2 berguna for all bride2b. antara nye mmg suruh cukup titun...mata! segera lah tidur.. ergh!!..

rasanye, memang dah terkena 'wedding jitters' dh nie.. last few nites, dh start mimpi macam-macam, mimpi ada ular nak lilit badan la, dress tetiba jadi color lain, makanan x cukup..oooHHHH TIDAK!!!! maybe sebab banyak sangat fikir untuk wedding.. sebab tu sampai terbwk2 dalam tidur.. inikah 'PERASAAN ORG NAK KAWEN'?? huhuhu..
"Ya ALLAH, hanya satu pintaku, KAU limpahkanlah keberkatan ke atas majlis ku..aminn.. "
~paksa melelapkan mata..~daa

Tuesday, December 1, 2009

"tie the knot"


~ sumber en google ~

TO ALL BLOGGERS, YOU ARE CORDIALLY INVITED TO MY WEDDING :

VENUE : SIRIM SECTION 2 SHAH ALAM
DATE : 19 DEC 2009
TIME : 12.00 - 4.00PM



~The card~

sorry x dapat nk bg kad for everyone. jemput datang ye. xpecially, yang stay area shah alam, or mana la tahu kebetulan berada di shah alam ke, harap sudi datang.. ;)